Tangan Terbuka

att000011

source: google image

Ditulis oleh Charles Swindoll

Ketika Thomas Jefferson menjadi Presiden, beliau dan sekumpulan pengembara melalui sungai yang melimpah airnya hingga ke tebing. Setiap lelaki menyeberangi sungai dengan menunggang kuda dalam keadaan yang mampu mengancam nyawa.  Seorang pengembara yang bersendirian memerhatikan mereka merentasi sungai. Beliau kemudiannya meminta Presiden Jefferson membawa beliau menyeberangi sungai. Presiden itu bersetuju tanpa teragak-agak, lalu lelaki itu turut menunggang kuda bersama-sama Presiden. Mereka berdua selamat tiba di seberang sungai.

 

Pengembara itu kemudiannya ditanya oleh seseorang, “Kenapa kamu memilih Presiden untuk meminta bantuan?” Lelaki tersebut terperanjat mendengar soalan itu, beliau menyatakan yang beliau tidak tahu menahu yang Presiden Amerika Syarikat membawanya menyeberangi sungai. “Apa yang saya tahu, saya dapat melihat pada wajah sebahagian kamu yang kamu akan mengatakan TIDAK dan sebahagian lagi pada wajah mereka terpampang perkataan YA. Wajah Presiden adalah wajah yang menyatakan YA.”

 

“Keputusan yang paling penting saya ambil pada setiap hari ialah pilihan sikap saya. Jika sikap saya betul, tiada halangan yang terlalu tinggi, tiada lembah yang terlalu dalam, tiada impian yang melampau, dan tiada cabaran yang terlalu besar.” 

 

Diterjemahkan dari: http://www.inspirationpeak.com/cgi-bin/stories.cgi?record=141

 

Honey Cake and Bee

honey cake.jpg

source: momsdish.com

Leah had just baked a honey cake for her little sister’s birthday. To cool the freshly baked cake, she put it on the kitchen table. Instantly, a bee flew around the cake and perched on it to devour the sweet cake.

Leah rushed to drive away the bee. But the bee was persistent. Unexpectedly, Leah accidentally ruined the cake’s shape while trying to drive away the bee. Frustrated, Leah thought of baking another cake.

After baking the new cake, she tried to cool it again by putting it on the kitchen table. But this time, she covered the cake to avoid the bee.

Lesson of the story:

“Realizing the existence of enemy or obstacle, and not carefully planning the action to overcome it, will only lead to your own destruction”

Translated from: http://www.termotivasi.com/2016/03/dongeng-inspiratif-keik-madu-dan-lebah.html

Terus Melangkah

the-power-of-persistence-perseverance-and-tenacity-for-the-entrepreneur

source: Google Image

Bagi kebanyakan orang, hari konvokesyen tamat pengajian adalah hari yang paling menggembirakan. Ia adalah hari kemuncak kejayaan setelah bersusah payah bertahun-tahun. Namun tidak bagi saya.

Saya masih ingat hari itu pada 2 tahun lepas. Keluarga dan sahabat handai hadir menyaksikan kami menaiki pentas. Tetapi tahun itu juga menyaksikan situasi ekonomi semakin teruk. Kami tamat dengan segulung ijazah, namun peluang mendapatkan pekerjaan adalah sangat tipis.

Kontrak rumah yang saya sewa akan berakhir pada hari berikutnya sedangkan saya masih belum punya mata pencarian. Silap hari bulan, saya bakal jadi gelandangan.

Saya mencari pekerjaan di merata tempat. Mulanya saya fikir tempoh mencari pekerjaan ini hanya akan mengambil masa dua minggu. Namun ia berlarutan ke empat minggu. Malah, selepas membuat 100 permohonan, masih tiada yang mahu menggaji saya. Hutang pinjaman pelajaran turut menghantui.

Setiap pagi saya bangun dengan rasa berat. Berat hati untuk menghadapi apa yang bakal berlaku. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Bulan-bulan yang dilalui bagaikan tiada kesudahan. Lebih menyesakkan, walau sekuat mana saya berusaha, serasa tiada perubahan.

Saat itu, saya mula menulis agar kewarasan saya dapat dipertahankan. Menulis kata-kata di atas lembaran kertas membuatkan dunia saya sedikit cerah. Ia memberi saya harapan walaupun sekelumit cuma.

Segala keresahan saya salurkan ke arah menulis sebuah buku kanak-kanak. Buku yang bertajuk ‘Beyond the River’, mengisahkan tentang seekor ikan kecil yang putus asa untuk mengejar impiannya.

Kemudian, pada satu hari, hanya dengan berbekalkan kerja keras dan semangat, saya ditawarkan kontrak penerbitan untuk buku pertama saya. Setelah itu, nasib semakin menyebelahi saya apabila saya ditawarkan pula untuk tawaran penerbitan buku kedua. Beberapa bulan kemudiannya, saya dipanggil untuk temuduga di syarikat Walt Disney dan diterima bekerja.

Pengajaran daripada kisah saya ini ialah … usah berputus asa. Walaupun saat ini, semuanya tampak kelam, tetap jangan putus asa. Keadaan boleh berubah meski ia mengambil masa.

Kadang-kadang, apa yang kita impikan itu sudah tidak jauh. Hanya kita perlu lebih berani untuk terus melangkah.

 

Diterjemahkan daripada tulisan Alex Miller di

http://www.inspirationpeak.com/cgi-bin/stories.cgi?record=152

 

 

Ravaging Rumour

see_speak_hear

A young teacher had been working for a few months in a school. Without warning, a story about him slapping his wife in in a shopping mall publicly broke out. Allegedly, that event occurred as a result of his jealousy after he saw his wife talking to another guy.

Even the students were aware of the story. But the teacher in question remained silent. Not a single person dared to ask him directly. Many teachers and students started losing respect towards the young teacher.

He finally spoke during the school’s weekly assembly:

“Firstly, I have never slapped my wife.”

“Second, my wife never went to that shopping mall.”

“Third, I also never went to that shopping mall.”

“Lastly, I am not married.”

Lesson: never spread anything without verification.

 

Translated from an anecdote entitled “Khabar Angin” from Solusi Isu 76

 

Baik-baik Menanam Jagung

corn-field

source: wisegeek.com

Ini kisah seorang pekebun jagung yang kerap memenangi hadiah untuk tanamannya. Setiap tahun dia menyertai pertandingan dan jagungnya sentiasa memenangi anugerah.

Seorang wartawan pernah mewawancara beliau dan berjaya mendapatkan maklumat yang menarik tentang cara beliau bertanam. Rupa-rupanya si penanam jagung berkongsi benih jagung dengan jiran-jirannya.

“Kenapa berkongsi benih yang baik dengan jiran-jiran sedangkan mereka juga menyertai pertandingan yang sama setiap tahun?” tanya wartawan tersebut.

“Tuan, tidakkah anda tahu yang angin mengambil debunga dari jagung yang masak dan menyebarkannya dari ladang ke ladang. Jika jiran saya menanam jagung yang kurang baik, penyebaran dan pertukaran debunga akan menjejaskan mutu jagung saya. Oleh itu, jika saya mahu menanam jagung yang bagus, saya mesti membantu jiran saya menanam jagung yang baik juga,” panjang lebar si penanam jagung menjelaskan.

Ternyata si pekebun jagung sangat memahami tentang konsep pergantungan dalam kehidupan. Tanaman jagungnya tidak akan meningkat mutunya melainkan mutu tanaman jagung jirannya juga meningkat.

Begitulah kehidupan kita. Sesiapa yang inginkan kedamaian mestilah membantu jiran-jirannya untuk hidup dengan aman juga. Sesiapa yang inginkan kehidupan baik juga perlu membantu orang lain hidup dengan baik, kerana nilai kehidupan diukur melalui kehidupan lain yang dipengaruhinya. Jika mahu gembira, bantulah orang lain untuk gembira juga.

 

Diterjemahkan dari: http://www.inspirationpeak.com/cgi-bin/stories.cgi?record=142

 

 

 

Mice Meeting

A group of mice held a meeting to discuss the measures on how to handle The Cat. The Cat had been hunting them, including the little ones. This led to them being afraid to wander around. During the meeting, they tried to figure out the ways to address The Cat. Some suggestions were raised.

One mouse suggested making a trap to catch The Cat; another suggested confronting The Cat in a large group. Another idea is to put a bell around The Cat’s neck so that it will sound as an indicator for the mice to run for their lives. After much discussion, the mice agreed on the bell proposal.

They cheered upon reaching the decision.

All of a sudden, a mouse said, “Who will put the bell around The Cat’s neck?”

Every mouse became silent. No one dared to say anything as everyone fears for their safety.

“So who will do it?” The question hung in the air.
It remained unanswered. A resolution had been made, yet there is no realization.

×××

This is just an analogy. Ideas and recommendations alone are not enough. They need proof. It’s easy to say that we want to enter Paradise and don’t want to be among the ones in Hell. However merely saying and at the same time not being obedient to Allah in actions does not guarantee anything. The choice is yours, Paradise or Hell.

 

Translated from: http://www.ceritaulama.com/2016/02/tamsil-islami-musyawarah-tikus.html

Terima Kasih Untuk Masamu

Sudah lama Jack tidak bertemu Encik Belser yang dikenalinya semasa kecil. Jack asyik meneruskan kehidupannya tanpa menoleh ke belakang.

Suatu hari, ibunya menghubungi menerusi telefon dan memberitahu, “Encik Belser meninggal malam semalam. Pengebumiannya pada hari Rabu.”

Memori lama menggamit minda ketika dia hanyut kembali ke zaman kanak-kanaknya.

“Jack, kamu masih ada di sana?”

“Maaf mak. Ya saya masih ada. Sudah lama saya tidak ingatkan dia, maaf saya ingatkan dia telah meninggal lama dahulu,” kata Jack.

“Dia tidak pernah lupakan kamu Jack. Setiap kali mak bertemunya dia akan bertanya tentang kamu. Dia akan mengenang ketika kamu menghabiskan masa ‘di tepi pagarnya’,” ibu Jack memberitahu.

“Saya suka rumah lamanya itu,” kata Jack.

“Kamu tahu Jack, setelah bapa kamu meninggal, Encik Belser cuba untuk memastikan kamu ada contoh lelaki yang baik dalam hidup.”

“Dialah yang mengajar saya bertukang. Saya tidak akan membuat kerja sekarang ini jika bukan kerana jasanya. Dia banyak mengajar saya perkara penting. Mak, saya akan menghadiri pengebumiannya,” balas Jack.

Walaupun Jack sangat sibuk, dia menepati janjinya. Dia kembali ke kampung halamannya. Majlis pengebumian Encik Belser adalah ringkas, beliau tiada anak, dan kebanyakkan saudara maranya telah meninggal dunia.

Malam sebelum Jack pulang bekerja, Jack dan ibunya melawat rumah lama jiran mereka yang telah pergi buat selama-lamanya untuk kali terakhir.

Berdiri di muka pintu rumah lama itu, Jack bertafakkur. Dia merasakan seperti berada dalam dimensi lain, seakan merentasi ruang dan masa.

Rumah itu sama seperti dalam ingatannya. Setiap anak tangga mencetuskan nostalgia. Setiap gambar, setiap perabot masih sama. Jack tiba-tiba bagaikan tersentak.

“Kenapa Jack?” tanya ibunya.

“Kotak itu telah tiada,” katanya.

“Kotak apa?” soal ibunya lagi.

“Ada satu kotak berwarna emas yang berkunci di atas mejanya. Saya banyak kali bertanya apa kandungannya. Dia Cuma memberitahu ia mengandungi perkara yang paling dihargainya,” jawab Jack.

Segalanya masih sama kecuali kotak itu. Jack meneka mungkin seseorang daripada ahli keluarganya telah mengambilnya.

“Sampai bila-bila saya tidak akan tahu apa isinya. Lebih baik saya tidur. Esok penerbangan saya awal pagi” Jack memberitahu ibunya.

Dua minggu berlalu setelah kematian Encik Belser. Satu hari, Jack kembali ke rumah dari kerja dan menemui satu nota dalam peti suratnya. Nota tersebut berbunyi “Tandatangan diperlukan untuk bungkusan. Tiada orang di rumah. Sila singgah di pejabat pos dalam masa tiga hari.”

Awal pagi hari berikutnya, Jack mengambil bungkusan itu. Kotak kecil itu tampak lama, seolah-olah telah dipos 100 tahun lepas. Tulisan tangan yang ada sukar untuk dibaca, tetapi alamat pengirim menarik perhatiannya. Ia bertulis, daripada Encik Harold Belser.

Jack mengeluarkan kotak itu dari kereta dan membuka bungkusan. Di dalamnya terdapat satu kotak berwarna emas serta satu sampul surat. Terketar-ketar tangan Jack ketika membaca nota di dalamnya.

“Setelah kematian saya, tolong serahkan kotak ini dan isinya kepada Jack Bennett. Ia merupakan barang yang paling saya hargai dalam hidup.” Satu kunci kecil dilekatkan bersama surat. Dada Jack berdebar-debar, air mata mula bergenang. Dia berhati-hati membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat sebuah jam poket emas. Jack membuka tutup jam yang cantik buatannya itu. Terdapat ukiran tulisan berbunyi, “Jack, terima kasih atas masa kamu!”

Jack terpana dan meluahkan perlahan, “Benda yang paling dihargainya ialah masaku.”

Jack memegang jam itu selama beberapa minit, kemudian menghubungi pejabatnya dan membatalkan semua temujanjinya untuk dua hari. “Kenapa?” setiausahanya Janet bertanya, kehairanan.

“Saya perlu meluangkan masa dengan anak saya,” kata Jack dan menyambung “Oh Janet, terima kasih untuk masa kamu!”

 

-Pengarang tidak diketahui-

Diterjemahkan dari: http://www.inspirationpeak.com/cgi-bin/stories.cgi?record=144